Posts

Showing posts from April, 2019

FUTSAL HASHIM ARBAIN 30 APRIL INI.

Image
Ahmad Syukri Hashim, Kodinator Futsal Keluarga Hashim Arbain Persatuan Kebajikan Keluarga HashimArbain akan menganjurkan acara "Futsal Keluarga HashimArbain" pada 30 April, 2019, di Sport Arena Ampang. Acara ini akan bermula pada jam 9:00 malam.  Ketua Kordinator acara futsal ini Ahmad Syukri Hashim berkata seramai 23 orang telah mendaftar nama masing-masing untuk menyertai futsal keluarga tersebut. Beliau juga berkata setiap peserta yang mengambil bahagian dikenakan bayaran RM15.  Syukri berharap melalui acara sukan santai seperti ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di samping dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal masing-masing .  Beliau juga berkata HashimArbain akan menganjurkan program seperti ini pada setiap tahun. Sementara itu, pihak Persatuan Keluarga HashimArbain akan menganjurkan satu kejohanan terbuka acara futsal ini untuk merebut piala pusingan yang bakal disediakan nanti.    

CICIT KE-14 HASHIMARBAIN DAN CUCU KE-2 SALIM HASHIM

Image
Cicit ke-14 HashimArbain. Haziq Salim bersama anak sulongnya yang baru lahir 28 April, 2019 Tahniah kepada Haziq dan Amalina yang dikurniakan anak sulongnya yang lahir pada 28 April, 2019. Tahniah juga kepada Salim Mat Hashim kerana ini merupakan cucu yang keduanya. Bertambah lagi anggota kerabat keluarga HashimArbain. Kelahirannya merupakan cicit yang ke-14 kepada HashimArtbain.

LOGO PERSATUAN KEBAJIKAN KELUARGA HASHIM ARBAIN

Image

BLOG KERABAT HASHIM ARBAIN MUNCUL KEMBALI

Image
Kerabat HashimArbain - 14 Beradik bersama ayahanda & Bonda KITA 1 KELUARGA Oleh Abdul Rahman Hashim Blog KERABAT HASHIMARBAIN muncul kembali dengan wajah baru. Sebelum kemunculannya keluarga HashimArbain mempunyai laman blog yang dikenali sebagai HASHIMARBAIN sahaja. Laman blog yang baharu ini akan dipenuhi dengan informasi kekeluargaan sebagai sebuah kerabat yang besar. Diharapkan semua anggota kerabat keluarga ini dapat memberikan sokongan dengan kemunculan KERABAT HASHIMARBAIN.  "KITA 1 KELUARGA"